HAMBA_ALLAH ![]() Assalamualaikum :)Gambar dan entry dalam blog ini diambil dari blog lain. Be nice here :) Tagboard ![]()
| Hari Kiamat Bakal Tiba .
Saturday, 17 August 2013 • 12:37 • 0 comments Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang
memekakkan telinga, seluruh makhluk mati
kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain.
Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat
yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah
kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab.
Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
"Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi
Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk
kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak
berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak
Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di
hujung tulang belakang mereka. Hiduplah
manusia umpama anak pokok yang kembang
membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam
keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa
malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan
yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan
bunyi seperti guruh yang menghalau manusia,
jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan
(bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang
kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan
anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia
sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari
dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka
tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi
yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil
bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan
suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan
kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan
seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik
di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat
nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau
hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka
rasai kepanasan dan bermandikan peluh
sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan
sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi
Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum
oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan
mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan
haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau
air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya
lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk
dari embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya
matahari yang terik kecuali 7 golongan yang
mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan
berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi
dia menolak dengan berkata "Aku takut pada
Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi
(tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati
Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan
Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di
padang mahsyar, semua manusia tidak tahu
berbuat apa melainkan mereka yang beriman,
kemudian mereka terdengar suara "pergilah
berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali
kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi
Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan
kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan
besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s.
(semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam
a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang
lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW
ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa
baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang
yang kuat hingga menakutkan hati semua
makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang
dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar
(besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat
sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar
berbentuk kubah (bumbung bulat) yang
mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam
bahasa mudah ia seumpama istana yang
mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi
embun yang menghijab cahayanya yang sangat
kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di
hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang
sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy
umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa
mudah ia umpama singgahsana yang terletak
dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal.
Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-
masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia
sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab
amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /
Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan
pemimpin masing- masing. Orang kafir &
munafik beratur bersama pemimpin mereka
yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka
tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat
Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama
kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang
pertama kali diputuskan adalah perkara
pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab
mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya
mengambil dengan tangan kanan bagi orang
mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka
menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya
amat besar, mempunyai satu tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang
bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad
SAW dan para imam 4 mazhab untuk
menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika
dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya
tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri,
tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi
saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua
akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha
Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar
dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak
masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas
hati dan dibenarkannya menyeberangi titian
sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang
Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa
hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai
iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan
Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas
juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi
syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka
akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula
berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.
Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan
ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah
tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi
orang mukmin ia akan dilebarkan dan
dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat
memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun
menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun
menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti
kilat, seperti angin, menunggang binatang
korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa
menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke
dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat
mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap
1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang
akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal
Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham
akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat²
yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya
bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya
kepada orang lain.Labels: Hari, Hari Kiamat, Islam, kiamat, Malaikat Israfil, Malaikat Izrail, tuhan |
0 Comments:
Post a Comment